Siri iPhone 13 dan iPad Mini mungkin alami kelewatan penghantaran

Dua produk Apple terhangat masa ini, siri iPhone 13 dan iPad Mini sewaktu diperkenalkan tempoh hari katanya akan menerima tempahan bermula 1 Oktober 2021 dan tempahan dipenuhi pada 8 Oktober 2021.

Namun, anda mungkin perlu menunggu sedikit lama untuk dapatkan tempahan. Dalam pasaran A.S sana, laman web Apple dilapor mengemas kini jadual penghantaran iPad Mini kepada antara 21 Oktober 2021 hingga 4 Oktober 2021.

Besar kemungkinan ia disebabkan masalah stok yang tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan yang Apple jangkakan terlalu tinggi. Sungguhpun laman Apple Malaysia masih tiada tarikh jangkaan penghantaran, dijangkakan yang isu ini turut memberi kesan pada rantaian pembekalan kita juga.

Tak peliklah kenapa iPad Mini akan laku keras. Ipad Mini 6 yang diumumkan tempoh hari nyata lebih baik daripada Ipad Mini 5 yang berusia lebih 2 tahun. Bukan sahaja fizikaliti yang lebih segar, sama seperti barisan iPad Pro, malahan CPU-nya kini sama dengan yang diguna pakai pada siri iPhone 13, sungguhpun ada laporan yang mengarakan yang CPU pada tablet ini diturun kuasa.

Berikut adalah senarai harga iPad Mini 6:

  • 64GB WiFi – RM2,299
  • 64GB WiFi + Selular – RM2,949
  • 256GB WiFi – RM2,949
  • 256GB WiFi + Selular – RM3,599

Siri iPhone 13 pula seperti biasa, bawakan benda baru pada bahagian pemproses dan beberapa naik taraf kamera.

Berikut adalah senarai harga siri iPhone 13:

iPhone 13 Pro Max

  • 128GB – RM5,299
  • 256GB – RM5,799
  • 512GB – RM6,699
  • 1TB – RM7,599

iPhone 13 Pro

  • 128GB – RM4,899
  • 256GB – RM5,399
  • 512GB – RM6,299
  • 1TB – RM7,199

iPhone 13

  • 128GB – RM3,899
  • 256GB – RM4,399
  • 512GB – RM5,299

iPhone 13 Mini

  • 128GB – RM3,399
  • 256GB – RM3,899
  • 512GB – RM4,799