5 air purifier yang boleh bantu anda lawan COVID-19

Dalam situasi COVID-19 yamg meruncing ini anda perlulah pastikan persekitaran kediaman anda bebas virus COVID-19. Salah satu saranan WHO adalah untuk memastikan pengudaran yang baik di dalam rumah supaya udara yang dihidu sentiasa diperbaharui. Salah satu cara untuk menambah baik pengudaraan di rumah ialah menggunakan penapis udara dan ini adalah 5 saranan saya.

Realme Techlife Air Purifier

Ini adalah penapis udara pertama daripada Realme. Ia sesuai digunakan pada ruang berkeluasan sekitar 419 kaki persegi.

Sistem penapisannya terdiri daripada penapis HEPA H12 yang katanya boleh membuang sehingga 99.95% bendasing bersaiz 0.3 mikron dan keatas. Bendasing seperti habuk, debunga, dan lain-lain alergens boleh dibuang daripada udara yang dihidu.

Realme TechLife Air Purifier boleh didapati pada harga RM399 di Lazada.

Mi Air Purifier Pro H

Xioami ada beberapa pilihan penapis udara untuk ruang tamu anda. Mi Air Purifier Pro H adalah varian tertinggi dalam kelasnya yang Xiaomi bawa masuk ke Malaysia. Pengoperasiannya boleh mencakupi ruang sehingga 750 kaki persegi. Rekaan penapis ini unik kerana udara disedut daripada depan dan belakang untuk prestasi penapisan yang lebih cekap.

Kalau anda tak kisah untuk dapatkan barangan import dengan jaminan kedai, Mi Air Purifier Max adalah varian yang lebih berkuasa dan ruang operasinya menjangkau 904 kaki persegi. Ia dijual oleh sesetengah kedai pada harga RM1,599.

Sharp FPH90LW

Sharp mengiklankan yang model ini miliki hayat penapis sehingga 10 tahun lamanya. Jika benar, ia adalah yang paling panjang dalam kalangan penapis udara yang saya senaraikan dalam artikel ini.

Sharp terkenal dengan teknologi Plasmacluster iaitu teknologi penghasilan ion plasma yang ditembak ke udara bagi meneutralkan sebatian organik berbahaya dan lain-lain mikroorganisma seperti virus dan bakteria. FPH90LW diiklankan untuk bekerja dalam ruang sehingga 678 kaki persegi.

Sharp FPH90LW boleh didapatkan pada harga RM2,890.

Dyson Purecool

Dyson Purecool saya sukakan pada rekabentuknya yang unik. Kalau penapis udara lain menembak udara bersih ke atas, Purecool menembak kedepan macam kipas biasa. Lagi ada fungsi macam kipas biasa ialah kepalanya boleh berpusing (oscillating) untuk menyebarkan udara bersih dengan lebih berkesan.

Dyson tidak banyak kongsikan spesifikasi teknikal tentang Purecool. Kalau adapun, mereka kongsikan data yang sukar untuk dibandingkan dengan jenama lain. Daripada analisis pihak ketiga, keupayaan menyaring udara Purecool hampir separuh kurang berbanding Realme Techlife Air Purifier. Ia mencadangkan yang produk ini sesuai untuk ruangan sekitar 300 kaki persegi.

Dyson Purecool boleh didapatkan pada harga RM1,899

Samsung Smart Air Purifier

Penapis udara ini ada roda d ibahagian bawah untuk jadikannya mudah dialihakn pada bila-bila masa. Sistem penapisnya teridir daripada 3 jenis penapis iaitu pre-filter, activated carbon, dan HEPA filter. Dengan gandingan semuanya, habuk sebesar 0.3 mikron boleh dibasmi sebanyak 99.97%.

Samsung Smart Air Purifier boleh bertugas dalam ruang seluas sehingga 645 kaki persegi.

Maklumat tentang kualiti udara terpapar di bahagian atas untuk mudahkan anda mem antau dan ia dilengkapi ciri pintar untuk mengubah kelajuan kipas berdasarkan masa agar bunyi bising sentiasa berada di tahap minimum.

Samsung Smart Air Purifier dijual pad aharga RM1,299